Theme Preview Rss

Relax2 jap....

"BROADBAND"


Jalur lebar juga digunakan untuk merujuk kepada capaian Internet jalur lebar, di mana sambungan untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon (56 kbit/s). Istilah jalur lebar digunakan bagi merujuk kepada sambungan 512 kbit/s atau lebih tinggi, walaupun sesetengah Internet Service Provider (ISP) telah mengiklankan perkhidmatan dengan lebar jalur (bandwidth) yang kurang kerana tidak terdapat kadar bit (bitrate) yang ditakrifkan dalam industri komunikasi.


Pengalaman...

Ini lah pengalaman pertama aku buat blog. Rasa teruja juga sebab tak sangka aku akan memiliki blog sendiri. Sebelum ini aku cume dengar perkataan blogger namun aku tak tahu pun ape yang di maksudkan dengan blog dan blogger.
Sejak kecil aku memang minat dengan komputer. Namun hanya dengan minat aku takkan kemana. Aku berhasrat untuk mendalami dunia ICT walaupun aku tahu itu bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi dengan kedaifan keluarga aku yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Aku tak salahkan abah atas kemiskinan kami dan aku tak benci ibu atas kepayahan hidup kami. malah azamku tetap kuat untuk menjadi seorang "computer programmer".
Aku ingat lg masa kali pertama Cikgu Nordin,cikgu yang paling aku hormati memperkenalkan kepada pelajar Kelas 6 anggerik sebuah komputer. Aku terpegun melihat alat canggih itu yang mempunyai keupayaan yang cukup luar biasa padaku dalam membantu tugas harian manusia. Mula dari detik itu lah aku mula berazam untuk mendalami komputer.
Kini dua tahun berlalu. Aku dah pun dikenali sebagai Pengerusi Kelab Komputer. Namun masih banyak ilmu yang perlu aku pelajari.